Saturday, January 31, 2009

Penghijrahan

Deras mengalir air di sungai

Lanar di tepi dibawa bersama

Melintasi gunung dan ganang

Demi ke lautan penuh bergelora

Ah...sungai

Mengapakah aliranmu

Ke tasik atau samudera?

Oh...sungai

Airmu yang tawar itu

Akan bertukar rasa

Bila di lautan samudera

Tempat ombak bermaharajalela!

Walaupun...

Lanar yang kau bawa

Bersama tanah di muara

Menjadi delta nan subur

Tetapi lama kelamaan

Ianya akan hanyut jua

Hasilpena,

Andika

Semangat Jaya

Selagi tekadmu ada

Layarkanlah bahtera

Harungi segala samudera

Tujui Pulau Jaya

Walau taufan dating melanda

Jangan kau gentar akannya

Kerana azam dan cita

Semua cabaran, ah…bias saja

Kuatkan iman di dada

Diri sendiri mesti mesti kau percaya

Jika tekad untuk berjaya

Lautan api diharungi juga !

Lupakan segala yang menggoda

Ilmu yang sempurna, paling utama

Apa guna hidup kaya

Jika tiada ilmu berguna ?

Dunia ini tumpangan hanya

Kekal nanti di akhirat jua

Ambil kesempatan bila ada

Pantang undur selagi berdaya...

Semoga sampai ke destinasi jaya

Hasilpena,

Andika

Semangat Dunearn

Kami pelajar

Sekolah Menengah Dunearn

Mengharungi lautan

Penuh duga cabaran

Demi menimba ilmu pengetahuan

Untuk melengkap kehidupan

Kami berusaha gigih

Bermandi hujan membakar raga

Semangat perjuangan tetap berkobar

Tak mengaku kalah, terus mencuba

Bersatu teguh, bercerai roboh

Inilah pedoman sebagai panduan

Tepuk dan sorak kami laungkan

Tenaga dan bakti kami curahkan

Bersama kami membina

Semangat Dunearn yang murni

Tak lapuk dek hujan;

Tak lekang dek panas

Hasilpena,

Andika

Pujaanku

Di kau kutenung...

Dikau kupandang

Bibir mengorak senyum

Hati diresapi kemesraan

Dikau ku puja…

Dikau lah yang agung

Hatiku penuh bangga

Dikau tetap kusanjung!

Kau tidak kusangsi

Membimbing putera puteri

Walau usia masih remaja

Tapi kau bangun dengan gigihnya

Kenanganku tetap abadi

Walau bersama tidak sentiasa

Kuberi dosaku nan ikhlas

Agar kau terus tegak, kukuh…Singapura tercinta


Hasilpena,
Andika

Semangat Singapura

Lantangkan sorakan

Peritkan kerongkongmu

Gamatkan suasana

Kecutkan hati lawanmu

Menang atau kalah

Tidak mengapa

Yang penting ialah

Semangat mesti ada

Maju…terus maju

Mara dengan tabah

Maju, jangan undur

Singapura pantang mengaku kalah

Selagi berdaya...terus ke depan

Tidak kenal ertinya putus asa

Biar mereka tahu, kehandalan kita

Itulah semangat Singapura

Berlatih dengan rajin

Berlumba dengan yakin

Bersatu kita sentiasa

Berjaya kita bersama

Semoga harum namu

Ke seluruh dunia

Semoga Singapura bangun

Mencipta sejarah

Hasilpena,

Andika

Inilah Masanya...

Selagi tekadmu ada

Usah menyerah kalah

Kuatkanlah semangat

Azammu takkan padam

Niatmu akan menjadi kenyataan

Onak dan duri kau harungi

Lautan api kau renangi

Inilah masanya bagi kamu

Mengatur langkah ke puncak jaya

Pentas dunia menjadi saksi

Inilah masanya

Kau buktikan keunggulan mu

Biar dunia membuka mata

Engkaulah juara segala juara

Lantangkan sorakanmu

Inilah masanya

Aspirasimu menjadi nyata

Hasilpena,

Andika

Friday, January 23, 2009

Di Wawasan Olimpik Belia 2010

Di Wawasan Olimpik Belia 2010

Kupatri Singapura berubah wajah

Melahirkan warganegara

Yang setia pada ibundanya

Di Wawasan Olimpik Belia 2010 ini

Kuimaginasikan

Rentak irama kesukanan pada mada depan

Buat anak watanku tersayang

Ku tak pasti

Adakah kalian akan tersenyum

Menghirup puas piala kemenangan

Atau kalian akan tewas lalu rebah

Di Wawasan Olimpik Belia 2010

Kupasti banyak keringat membasahi bumi

Kupasti jutaan patriot mati tak terkubur

Bermandi keringat bergadai impian

Untuk ibu pertiwi

Di Wawasan Olimpik Belia 2010

Kupasti Singapura menggegar dunia

Di kala mentari melabuhkan tirai

Di kala camar pulang ke sarang

Kecemerlangan tetap terpahat

Di hati sanubari

Tetapi harapan bangsamu

Jangan digadaikan

Di celah kemajuan sukan

Jangan kau ulangi

keruntuhan bangsamu di pada masa lalu

merdeka di mulut

dijajah di hati

Di Wawasan Olimpik Belia 2010

Semuanya kusangsi

Harapan bangsa

Yang telah diagungkan

Akan menjadi kenyataan

Ataupun hanya nista

Tapi yang kupasti di pagi 1hb Jan 2010

Anak-anakku, bangsaku

Mencapai impian…

Hasilpena,

Andika