Sebagai sebahagian daripada kaedah penilaian bagi elektif bahasa ibunda, para peserta kursus dikehendaki memberikan kritikan terhadap artikel yang diberikan pensyarah. Tujuannya adalah untuk menilai kebolehan para peserta memahami isu yang dikemukakan dan menegakkan pendirian dengan hujah-hujah yang bernas serta menguji kebolehan memberikan pendapat yang kritis secara spontan dengan menggunakan bahasa
Pada hari ini, saya diberi penghormatan membuka tirai perbincangan mengenai ‘Berkembang Menjadi Seorang Pemimpin’ (Growing Into Leadership). Walaupun sudah sudah acapkali saya membuat ucapan di khalayak ramai rasa gementar tetap ada mentelah lagi saya sudah lama tidak menghadiri kuliah sebegini. Pastinya kejanggalan akan timbul.
Biasanya sayalah yang begitu ghairah untuk menghadiri kuliah Cikgu Saedah kerana itulah satu-satunya masa bagi kami sebagai ketua subjek atau ketua jabatan bahasa Ibunda dapat bertukar-tukar fikiran serta pengalaman, suka duka, yang ditempuh sepanjang kursus DDM atau meminta bantuan rakan-rakan seperjuangan menyelesaikan pelbagai kemusykilan dalam kursus tersebut. Pada saya, lebih mudah meminta bantuan daripada rakan sejawatan dari jabatan yang sama walaupun mereka juga baru memasuki alam DDM berbanding dengan guru-guru kanan sekolah daripada jabatan yang lain, bahkan pengalaman mereka pun cuma setebal kulit bawang! Akan tetapi, sesetengahnya, terutama di kalangan rakan yang telah lama menjawat jawatan ketua jabatan memiliki bakat semulajadi, seperti Cikgu Zulkarnain.
Terasa janggal juga apabila Cikgu Saedah mengarahkan saya untuk membentangkan pendapat tentang artikel “Growing Into Leadership” yang diberikan. Keadaan begini saya alami secara tidak disedari kerana di sekeliling saya ialah mereka yang dewasa dan berpengalaman, berperanan sebagai ketua Jabatan, sedangkan saya masih lagi merangkak kerana baru saja di lantik secara rasmi baru saja sebulan. Namun saya
Artikel yang saya bentangkan menimbulkan suatu kesedaran kepada diri saya bahawa seorang pemimpin perlu mempunyai beberapa ciri tertentu yang boleh digunakan bagi melakarkan pengalaman pembelajaran professional bagi pemimpin yang baru. Pertama, seorang pemimpin yang baik harus mengutamakan kepentingan pelajar.
Kedua, seorang pemimpin haruslah bersedia untuk belajar daripada siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu, kerana kepemimpinan itu sesuatu yang boleh terus-menerus dipelajari daripada latihan dan pengalaman. Pemimpin perlu menerima idea dan kemahiran yang baru. Seorang pemimpin harus sentiasa haus akan pengetahuan dan sentiasa berterus-terusan belajar dan bertanya kerana beliau merupakan gedung ilmu bagi rujukan guru-guru di bawah jagaannya. Seorang pemimpin juga perlu menerima kemahiran yang tidak diketahui walaupun daripada orang bawahannya. Interaksi seperti ini penting untuk pembangunan organisasi. Menurut Albert Bandura “Pembelajaran manusia berlaku dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu”.
Ketiga seorang pemimpin juga harus bertindak menurut etika, mempunyai displin yang unggul, mempunyai kebersihan jiwa terutama dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri, iman yang teguh. Bagi diri saya etika dan moraliti adalah ciri terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak. Dalam sejarah dunia banyak pemimpin menjadi ikutan sepanjang zaman kerana etika yang unggul. Contoh yang jelas ialah para nabi. Sebaliknya pemimpin yang rendah etikanya tumbang akhirnya, lihat sahaja Firaun Mesir dan Maharaja Empayar Romawi.
Keempat, mengutamakan kepemimpinan “instructional”. Seorang pemimpin adalah ‘principal teacher’ dan ‘pedagogical leader’. Secara idealnya pengetua perlu mempunyai kemahiran ‘intructional’ yang tinggi supaya dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada guru-guru di bawah kepimpinannya. Saya bersetuju dengan pernyataan ini kerana sekiranya pemimpin itu sendiri tidak kompeten dalam aspek pedagogi, mana mungkin dia mampu membimbing guru-guru yang kurang mahir?
Kelima, seorang pemimpin haruslah berwawasan dan jelas tentang matlamat yang hendak dicapai oleh organisasinya serta berkeupayaan pula menjelaskan kepada orang yang dipimpinnya. Maknanya, pengetua itu mestilah seorang perancang yang berkesan dan memiliki kecekapan merangka strategi, mengemudi, dan mengarah proses persekolahan yang berkesan supaya benar-benar dapat menjamin pencapaian misi dan matlamat pendidikan yang tersurat dan tersirat. Beliau haruslah mempunyai kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan yang buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman
Keenam, seorang pemimpin harus mempratikkan pengurusan yang cekap dan bersedia memberi dan menerima pendapat. Beliau juga harus bersikap positif dan terbuka, mempunyai daya penggerak dan semangat juang yang kuat dan boleh berkomunikasi secara berkesan
Ketujuh, seorang pemimpin harus mempunyai perhubungan yang baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pada kebiasaanynya, “Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."
Kelapan, seorang pemimpin harus menjalin “parnership” antara sekolah dan masyarakat. Kejayaan pelajar merupakan tanggungjawab bersama sekolah dan masyarakat. Seorang pemimpin harus melihat sekolah dalam konteks masyarakat. Pemimpin harus memiliki kemahiran diplomasi dan daya menarik yang boleh meraih sokongan dan menggalakan penglibatan ibu bapa serta komuniti setempat dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Dalam aspek ini, pengetua harus mempraktikkan konsep ibu bapa dan masyarakat sebagai “rakan perniagaan” di sekolah. Saya percaya pemimpin yang mengamalkan etika akan mendapati mudah mendapat sokongan komuniti sebagai “rakan perniagaan”.
Ini membawa kita kepada ciri yang terakhir iaitu seorang pemimpin harus mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan sentiasa mencetus serta memupuk semangat belajar. Pernyataan ini turut disokongi oleh seorang filasuf, Aristotle, yang berkata bahawa “rahsia kejayaan ialah mengetahui sesuatu yang orang lain tidak tahu.” Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut. Memang saya tidak menafikan kata-kata mutiara Francis Bacon yang berpendapat bahawa “Memiliki pengetahuan bererti memiliki kekuatan”. Sebagai pemimpin kita harus memastikan bahawa ilmu yang disampaikan boleh menyedarkan staf kita untuk menemui cahaya kebenaran, agar terserlah cahayanya meliputi diri dan ruang. Pendekata kepemimpinan dan pembelajaran saling memerlukan. Yang jelas, pengetua yang berjaya belajar sepanjang hayat
Natijahnya, sekolah diibarat sebuah ekosisitem di mana tindakan pengetua, staf, pelajar dan keluarga mendatangkan implikasi kepada organisasi dan individu dan mempengaruhi budaya sekolah. Perbalahan antara pelajar atau pertemuan positif antara waris dan guru mendatangkan impak yang mendalam, lantas kepada pengajaran dan pembelajaran, berbeza daripada model tradisi iaitu organisasi bureaukratik di mana komponen dipisahkan dan terasing daripada satu sama lain
Dalam kuliah-kuliah Cikgu Saedah dan sesi pembentangan selanjutnya kami didedahkan pula kepada berbagai-bagai aspek kepemimpinan seperti Keupayaan kepemimpinan Bagi Pembaikan Sekolah, Tujuan dan Kekuatan Bagi Kejayaan Sekolah (Purpose, Strength, and Collegial Force for School Success oleh Carl D.Glickman), Ketua Bersituasi oleh T Vasudevan dan T.John, Kemahiran Menjadi Pengikut Yang Baik oleh Khairur Rizal Ramli, Mengapa Manusia Membenci keberatanggungjawaban dan Apa Yang Boleh Kita Lakukan Terhadapnya oleh Douglas B. Reeves, Keutamaan-Keutamaan Pertangungjawaban : Mengenalpasti dan Mengukur Amalan-Amalan Pengajaran dan Melihat Pengajaran di Bilik Darjah dan Pembelajaran oleh Carl d. Glickman.
Pada keseluruhannya banyak pengetahuan yang telah saya raih daripada mengikuti modul elektif DDM 011n di bawah penyeliaan Cikgu Saedah. Daripada penjelasan tentang kurikulum bahasa Melayu, teori-teori Noel Tichy (Explain, Inspire Lead), aspek-aspek kepemimpinan, perkongsian idea, pembentangan dan tugasan jurnal, saya memperolehi banyak idea-idea yang bernas tentang kemajuan dan pemikiran yang mutakhir dalam pengajaran bahasa Melayu. Kami juga dicabar untuk bermuhasabah, menguruskan dan mengatasi hambatan yang menyekat perkembangan program bahasa Melayu yang kreatif lagi progresif.