Berita kemasukan ke sekolah menengah pasti disambut dengan hati yang gembira oleh para pelajar, ibu bapa, sanak saudara dan rakan taulan. kenapa tidak? Anda adalah antara pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.Tahniah di atas kejayaan anada bertungkus lumus untuk melayakan diri anda melalui gred yang diperolehi melalui keputusan peperiksaan PSLE.
Sesuatu yang perlu diketahui oleh anda semua, hidup di sekolah menengah tidaklah sama dengan alam kehidupan di sekolah rendah. Anda harus memahami bahawa sekolah menengah merupakan institusi bagi memperlengkapkan diri seseorang dengan segala macam ilmu pengethuan.Peluang yang terbentang luas ini janganlah disia-siakan bagi mengejar cita-cita di samping meraih sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.
Selamat datang ke Sekolah Menengah Dunearn yang antara yang terbaik dan terunggul di kawasan Bukit Batok. Kampus yang tersergam indah ini adalah lahir dari aspirasi masyarakat untuk melahirkan pelajar yang holistik. Oleh itu bersedialah kalian menyahut cabaran untuk memikul tanggungjawab ini.
Walau di mana sekolah menengah anda diterima amsuk, masalah yang utama bagi pelajar baru ialah untuk menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran kehidupan sekolah menengah. Proses penyesuaian diri inilah yang perlu diberi perhatian oleh anda semua.
Pelbagai pengalaman pahit dan manis akan ditempuhi oleh pelajar-pelajar baru. Tidak kira sama ada pengalaman yang menggembirakan, menyedihkan, menakutkan dan seribu macam lagi oengalaman yang bakal dihadapi semasa menjejakkan kaki ke sekolah menengah. Kesemua ini merupakan asam garam yang akan mematangkan anda semua.
Guru Penasihat
Cikgu Supandi B Djoeraemi
Ketua Jabatan Bahasa Melayu
Sekolah Menengah Dunearn
Saturday, November 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment